Wednesday, March 18, 2009

PENYERAHAN KENDERAAN OLEH UiTM KEDAH

Hari Selasa 17 Mac 2009 bersamaan 20 Rabiulawal 1430H, seramai 5 orang daripada Masjid Aman telah ke UiTM Kedah di Merbok. Rombongan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang juga imam, Ustaz Haji Abdul Jalal bin Haji Abdul Latiff. Lain-lain anggota rombongan ialah Tuan Haji Mahdzir Haji Abdul Rashid, Tuan Haji Abdul Ghani Talib, Che Ani Arshad dan En Ismail Salleh.

Tujuan rombongan ini ke UiTM kedah ialah untuk menerima sumbangan sebuah kenderaan daripada pihak UiTM untuk kegunaan masjid.

Ketibaan rombongan ini disambut dengan mesra dan meriah oleh Pengarah kampus Prof Madya Dr Zaliha Hj Hussin dan kakitangan bahagian pentadbiran dan kewangan. Dalam ucapan ringkasnya Prof Madya Dr Zaliha berkata UiTM Kedah bukan sahaja mahu cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga merialisasikan tanggungjawab sosial dengan menyumbang kenderaan sebuah van untuk kegunaan masjid Aman.

Dalam ucapan balasnya, Ustaz Haji Abdul Jalal berkata beliau bersyukur kerana hasrat untuk mempunyai sebuah kenderaan untuk kegunaan masjid akhirnya tercapai dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak UiTM.

Akhir sekali bagi pihak AJK, pegawai masjid dan juga anak kariah Masjid Aman Simpang Kuala mengucapkan terima kasih kepada pihak UiTM Kedah, Pengarah kampusnya Prof Madya Dr Zaliha, Penolong Pendaftar Kanan, En Mohd Salleh Husin, Pegawai Kewangan Kanan En Md Nor Rashidi Che Nor, Koordinator Unit Perhubungan Korporat Cik Roziya Abu dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis penyerahan kenderaan ini. Semuga Allah membalas budi tuan-tuan dan puan-puan.



Ahli jawatankuasa dan pegawai MASK



Imam Masjid Aman Simpang Kuala, Ustaz Haji Abdul Jalal menandatangi surat penerimaan kenderaan daripada pihak UITM Kedah sambil disaksikan oleh Pengarah Kampus Prof Madya Dr Zaliha Haji Hussain dan Penolong Pendaftar Kanan ( Pentadbiran) En Mohd Salleh bin Hussin



Menerima kunci dan surat hak milik kenderaan


Ust Haji Abdul Jalal menyerahkan sijil penghargaan dan surat ucapan terima kasih kepada Pengarah Kampus UiTM Kedah Prof Madya Dr Zaliha Haji Hussain


Pengarah Kampus UITM Kedah Prof Madya Dr Zaliha Hj Hussain bergambar kenangan bersama Pengerusi/Imam Masjid Aman Simpang Kuala Ustaz Haji Abdul Jalal dan juga kakitangan UITM beserta dengan ahli J/Kuasa dan pegawai Masjid.


Di lapangan tempat kendaraan UiTM


Tuan Haji Abdul Ghani sedang ditemubual oleh wakil Harian Metro




Penyerahan kunci dan kenderaan yang merupakan sebuah van


Menjamu selera selepas selesai upacara penyerahan kenderaan


Inilah kenderaan yang disumbangkan oleh UiTM Kedah kepada Masjid Aman.

No comments: